Kegunaan Bunga telang

Dalam makanan

Bunganya digunakan secara tradisional sebagai bahan pewarna makanan untuk menghasilkan warna biru dalam masakan seperti nasi kerabu,[6][7] pulut dan mi;[7] malah bunga ini turut disebut sebagai bunga nasi kerabu di kawasan Pantai Timur Semenanjung lantaran pemakaiannya tersebut.[2] Kini, ia amat jarang dipakai kerana kekurangan bekalan dalam jumlah yang mencukupi untuk digunakan.

Kuntum-kuntum bunganya boleh diseduh sebagai teh (yakni "teh bunga telang"); teh ini diketahui di Vietnam, Thailand dan Malaysia sebagai minuman pelega selepas makan malam mahupun dinikmati manis bercampur limau dan pemanis seperti madu atau gula merah.[8] Peminuman teh bunga telang juga dipercayai membantu mengekalkan awet muda dan ketegangan kulit.[9]

Tujuan lain

Bunga telang sering digunakan sebagai barang sembahyang penganut Hindu.

Ia sering ditanam sebagai tanaman hiasan serta sebagai penggalak mengembalikan semula keadaan persekitaran tanah terbiar.

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Bunga telang http://bluechai.com/butterfly-pea-pictures.html http://www.bonappetit.com/drinks/non-alcoholic/art... http://docsdrive.com/pdfs/ansinet/ijp/0000/28690-2... http://jbclinpharm.com/Volume2Issue1Articles/PDF/J... http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=14&cat=H... http://www.scribd.com/doc/12391242/Pharmacopia-Ind... http://www.toddcaldecott.com/index.php/herbs/learn... //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/31191573 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6546959 http://www.tropicalforages.info/key/Forages/Media/...